Pakatan Lebih Kukuh Tanpa Anwar – PAS - pakdin.my

“Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara),”

anwar-pemimpin-pr

Ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh, kata Datuk Mustafa Ali.

Tegas Setiausaha Agung PAS itu, Anwar bukanlah alasan untuk PAS memuntuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

“Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab, lagi kukuh Pakatan Rakyat adalah. Sebab kita bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama),” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan.

Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS.

“Anwar tak ada…Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang.

“Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara),” katanya.

UTAMAPOLITIKPakatan Lebih Kukuh Tanpa Anwar - PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium