Harga saham United merudum - pakdin.my

Manchester_United_FC

MANCHESTER: Harga saham Manchester United turun ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun, semalam selepas pasukan bimbingan Louis Van Gaal itu semakin jauh ketinggalan untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Harapan United menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik terjejas selepas sekadar seri 1-1 menentang Chelsea, sekali gus menyaksikan pasukan yang mendahului liga pada November itu kini enam mata ketinggalan daripada pasukan di tangga keempat tatkala berbaki 13 perlawanan.

Kemungkinan pasukan itu gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara dititikberatkan oleh pelabur.

Harga saham United jatuh daripada 10.05 pound (RM60.81) kepada 9.61 pound (RM58.15), pagi semalam, catatan terendah sejak tahun 2012 dan situasi ini tidak berlaku meskipun ketika zaman pengendalian David Moyes sebelum ini.

Harga saham pasukan itu jatuh 2.6 peratus ketika waktu dagangan sebelah pagi di Pasaran Saham New York sebelum meningkat semula kepada 9.70 pound (RM58.69) pada sebelah petang.

Meskipun Ed Woodward berjaya memastikan beberapa perjanjian penajaan, termasuk penajaan rekod dunia daripada adidas bernilai 750 juta pound (RM4.5 billion), prestasi dan kedudukan United di dalam liga nyata mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

UTAMAGAYA HIDUPHarga saham United merudum

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium