Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALIsu Serbuan Jais Bukti...

Isu Serbuan Jais Bukti Kepincangan Kerajaan Selangor – Penganalisis Politik - pakdin.my

Jabatan Agama Islam Selangor

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Kontroversi berlarutan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap satu majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama menunjukkan kerajaan negeri Selangor sedang mengalami kepincangan ketara.

Menurut beberapa penganalisis politik, ini berikutan kenyataan yang bercanggah di antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Bagi pensyarah sains politik Universiti Teknologi Mara Asri Salleh, sewajarnya Jais dibiarkan untuk menjalankan tugasnya secara profesional tanpa sebarang campur tangan politik.

“Adalah lebih wajar sekiranya Jais berurusan terus dengan pihak gereja, maka benda ini tidak akan menjadi kontroversi seperti sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai serbuan Jais itu pada Rabu lepas yang menerima kenyataan berbeza dan bercanggah daripada wakil PKR, PAS dan DAP di dalam kerajaan negeri Selangor.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Mohamad Faisol Keling, semakin hari semakin jelas kepincangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kepincangan ini terjadi akibat kerapuhan Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana perbezaan matlamat dan objektif walaupun berlindung di bawah payung yang sama iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

“Sekiranya isu yang dibangkitkan ini ada pertembungan dari segi pengurusan (kerajaan negeri) dan objektif ideologi (parti), maka ia telah membuktikan kerjasama yang lemah dalam pakatan itu sendiri.

“DAP objektif lain, PKR lain, PAS pun lain. Maka perbezaan ini telah menjadi kelemahan dalam pakatan itu sendiri dan memberi kesan terhadap sistem penyampaian kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Majlis Aids Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis tersebut dianjurkan untuk mengutip derma bagi pihak Harapan Komuniti, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam beberapa program sokongan untuk pesakit HIV/AIDS.

Presiden MAC Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata Majlis Derma Jamuan Malam Muhibbah 1Malaysia adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta sokongan untuk perhidmatan perubatan.

— BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480