Usul Ditolak, BN Selangor Hantar Memorandum Kepada Sultan - pakdin.my

Kumpulan ADUN BN Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan DUN negeri menolak usul membahas isu kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina komuniti Bugis.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai kumpulan berkenaan ke Istana Bukit Kayangan berkata memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.
“Memerondum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sudah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya di luar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini
Tambah Mat Nadzari (foto), ia juga sebagai tanda sokongan kepada Sultan Sharafuddin yang menzahirkan kemurkaannya kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu serta mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat pendirian sebenar kerajaan Selangor.

UTAMAPOLITIKUsul Ditolak, BN Selangor Hantar Memorandum Kepada Sultan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium