ECRL: Mahathir pertahan Menteri cap ayam, Guan Eng dengan mempertikai ketulenan surat pembatalan - pakdin.my

Penafian Tun Mahathir mengenai ketulenan surat pembatalan ECRL yang tersebar sangat aneh kerana bukan beliau yang menandatangani surat tersebut dan bukan beliau yang mengetuai Kementerian Kewangan.

Kenyataan beliau sama janggal seperti menafikan dakwaan Rahim Noor menumbuk Anwar Ibrahim 20 tahun lalu, seolah-olah beliau ada di dalam lokap tersebut. Akhirnya kita tahu Rahim didapati bersalah.

Hanya pejabat Lim Guan Eng dan penerima yang boleh mengesahkannya.

Ramai yang percaya ketulenan surat tersebut kerana ia selari dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan laporan NST Singapura minggu lalu yang memetik sumber dalaman kerajaan menyatakan kerajaan telah membatalkannya.

Hairan sangat bila PM menjadi pembela Menteri Kewangan. Ada apa-apa ke?

Oleh: Ab Jalil Backer

Rujukan:

Dr Mahathir denies veracity of letter on ECRL cancellation
https://www.themalaysianinsight.com/s/129218

ECRL: Guan Eng hilang ingatan, surat pembatalan sudah 10 hari di keluarkan Menteri kabinet PH masih berpusing-pusing
https://pakdin.my/ecrl-guan-eng-hilang-ingatan-surat-pembatalan-sudah-10-hari-di-keluarkan-menteri-kabinet-ph-masih-berpusing-pusing

UTAMAPOLITIKECRL: Mahathir pertahan Menteri cap ayam, Guan Eng dengan mempertikai ketulenan surat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium