ADUN Angkat: Adakah kuasa parti DAP lebih besar banding pemilihan Rakyat dalam PRU - pakdin.my

DAP bukan hirau sangat keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pun.

Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu:

1. Mengosongkan dua kerusi DUN wakil parti PPBM.

2. Tarik balik semua peruntukan kepada dua ADUN PPBM ini dan diberi kepada dua orang “ADUN Angkat” yang dilantik DAP.

Walaupun ianya jelas bahawa tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang ini melanggar keputusan Mahkamah Persekutuan seperti diakui Ketua Menteri DAP sendiri, DAP tegas untuk teruskan langkah-langkah ini.

Adakah kuasa parti DAP lagi besar berbanding Mahkamah tertinggi negara yang sudahpun membuat keputusan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

Adakah kuasa parti DAP lebih besar banding pemilihan Rakyat dalam PRU sehingga mereka boleh lantik sesiapa yang mereka suka untuk ganti ADUN dipilih Rakyat?

Suka hati mereka nak kosongkan mana-mana kerusi DUN ke?

Baca sendiri dari lidah rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang:
https://www.buletinmutiara.com/dua-adun-ppbm-pulau-pinang-dilucut-hak-sebagai-ahli-kerajaan-pakatan-harapan/

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan membentangkan usul mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili dua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada sidang DUN akan datang.”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-pulau-pinang-akan-bentang-usul-dua-adun-kosongkan-kerusi-244669

Sumber: Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKADUN Angkat: Adakah kuasa parti DAP lebih besar banding pemilihan Rakyat dalam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium