Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Global

All countries
245,328,542
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
220,685,795
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
4,979,668
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

ADUN khianat kerajaan pimpinan BN akan dipecat – Ahmad Zahid

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang telah mengkhianati kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) akan dipecat.

Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen hari ini bagi mengulas perkembangan politik terkini Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Bagi ADUN parti yang khianati kerajaan yang dipimpin BN dan UMNO, saya harap mereka bersedia terima tindakan parti bagi menerima surat pemecatan.

“Saya merasakan bahawa persoalan utama sebagaimana berlaku di peringkat nasional dan juga berlaku di beberapa negeri, taat setia mana-mana wakil rakyat sama ada mereka terdiri dari ADUN atau Ahli Parlimen hendaklah berfokus kepada taat setia kepada parti, terutama sekiranya kerajaan itu dinakhodai BN dan UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN turut mengharapkan SPR dapat segera mengadakan perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kaedah untuk pilihan raya negeri diadakan.

“Saya juga berpandangan sekiranya MKN dan KKM (berpendapat) bahawa amat bahaya untuk diadakan pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari sebagaimana yang ditentukan dalam Akta Pilihan Raya, maka tentulah panduan sebagaimana yang berlaku di Sarawak (darurat) mungkin boleh diikuti.

“Saya merasakan bahawa keutamaan penjagaan kesihatan dan mendepani pandemik COVID-19 ini harus diberikan keutamaan,” katanya.

Ditanya mengenai berkenaan calon pilihan raya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata ia masih terlalu awal untuk dimuktamadkan.

Sementara itu beliau berkata kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara (caretaker government) dan diminta untuk terus menumpukan kepada soal kebajikan dan kesihatan rakyat.

Semalam empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Sebelum ini Kerajaan Melaka pimpinan BN diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah).

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021