Akhbar China: Malaysia akan terjejas teruk kerana batalkan HSR

Pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan memberi kesan yang amat teruk kepada Malaysia, kata sebuah rencana yang disiarkan akhbar China.

Wartawan Global Times Hu Weija dalam komentar pedasnya semalam mengkritik langkah Malaysia membatalkan projek itu serta menyemak semula projek mega yang mempunyai kaitan dengan kepentingan China, seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Perdana Menteri baru Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah berkata akan mengabaikan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura, langkah yang mungkin menjejaskan kepentingan China dan rakan ekonomi lain.

“Jika Mahathir mahu menilai semula projek besar yang dipersetujui pendahulunya dan menjejaskan kepentingan syarikat China, syarikat itu berhak menuntut pampasan.

“Kerajaan China juga akan mengambil langkah konkrit untuk menjaga kepentingan dan hak syarikat China,” kata artikel itu yang diterbitkan semalam.

Global Times merupakan akhbar tabloid berbahasa Inggeris bawah akhbar China, People’s Daily. Ia bertumpu kepada isu antarabangsa daripada perspektif China.

Artikel itu berkata, ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri, beliau telah berkata perjanjian Malaysia dan Singapura untuk membina HSR adalah rancangan jangka panjang tetapi dibatalkan beberapa tahun kemudian.

“Adakah ini cara Malaysia menunaikan janjinya dan mematuhi semangat kontrak?

“Syarikat dan warga China yang menjalankan perniagaan di Malaysia mencerminkan amalan komersil yang dipandu pasaran, selaras dengan amalan antarabangsa.

“Projek yang didana China bukanlah hadiah yang boleh ditolak Kuala Lumpur tanpa pampasan.

“Jika kerajaan baru Malaysia gagal mematuhi semangat kontrak, ia perlu membayar harga bagi kesilapannya,” katanya.

Ekonomi dipandu politik

Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) lain konsisten mengkritik projek mega yang dimulakan pentadbiran Najib, terutama yang melibatkan pelaburan langsung asing dari China.

Sejak menjadi perdana menteri, Mahathir telah membatalkan projek HSR dan menegaskan komitmen HARAPAN untuk menilai semula projek mega dari China itu.

Artikel itu berkata, walaupun infrastruktur di Malaysia boleh dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain, masih ada jurang besar pada infrastruktur di negara ini.

Inilah sebabnya Malaysia tidak mampu untuk kehilangan pelaburan untuk perniagaan infrastruktur dari luar, katanya.

“Malaysia bukan satu-satunya destinasi pelaburan. Tidak susah untuk syarikat China mengalihkan fokus mereka kepada negara lain, ekonomi Malaysia yang akan menanggung kerugian besar,” katanya.

Artikel berkata tanggapan awal terhadap dasar ekonomi kerajaan baru Malaysia adalah “ketidaktentuan”, namun mengakui masih terlalu awal membuat penilaian muktamad.

Namun, katanya, dasar ekonomi tidak menentu yang dipandu faktor politik adalah antara sebab mengapa sesetengah negara membangun gagal mencapai pembangunan ekonomi, dan berharap kerajaan baru Malaysia tidak membuat kesilapan itu.

“Kami yakin Malaysia akan menangani masalah ini dengan betul.

“Hubungan China-Malaysia sudah diuji masa. Malaysia adalah titik utama sepanjang laluan dalam inisiatif One Belt, One Road,” katanya lagi.

http://pakdin.my/tag/one-belt/
http://pakdin.my/tag/china
http://pakdin.my/tag/hsr

#FaktaBukanAuta
#Mahazalim
#Mahafiraun
#ManaDuitForex

Comments (57)

  1. Al Fateh Saturday, June 2, 2018 16:20:
  2. Fairuz Ariffin Saturday, June 2, 2018 16:40:
  3. Che Noran Mohd Jelas Saturday, June 2, 2018 16:48:
  4. Shafiee Hamzah Saturday, June 2, 2018 16:54:
  5. Muhd Faizal Saturday, June 2, 2018 17:09:
  6. Hasnul Hashim Saturday, June 2, 2018 17:14:
  7. Azhar Sayuti Saturday, June 2, 2018 17:20:
  8. Ishak Talib Saturday, June 2, 2018 17:23:
  9. Fazli Lie Saturday, June 2, 2018 17:29:
  10. Asymuni Asymuni Saturday, June 2, 2018 17:32:
  11. Siti Asmah Amin Saturday, June 2, 2018 17:40:
  12. Lan Francisco Saturday, June 2, 2018 17:42:
  13. Batis Hitam Hitam Saturday, June 2, 2018 18:02:
  14. Noh Hasan Noh Saturday, June 2, 2018 18:04:
  15. Nas Raslan Nas Saturday, June 2, 2018 18:29:
  16. Zaiton Zaiton Saturday, June 2, 2018 18:33:
  17. Eyanzal Arsat Saturday, June 2, 2018 18:39:
  18. Mike Raman Saturday, June 2, 2018 18:42:
  19. Mike Raman Saturday, June 2, 2018 18:43:
  20. Abu Bakar Abu Ahmad Saturday, June 2, 2018 18:49:
  21. Mohamad Ab Rahim Saturday, June 2, 2018 18:56:
  22. Kay Maria Saturday, June 2, 2018 18:56:
  23. Awat Wat Saturday, June 2, 2018 19:10:
  24. Hasbulla Leman Saturday, June 2, 2018 19:48:
  25. Shadi Dino Saturday, June 2, 2018 21:28:
  26. Shadi Dino Saturday, June 2, 2018 21:31:
  27. Romaz Sons Aftus Saturday, June 2, 2018 21:40:
  28. Yunus Lala Saturday, June 2, 2018 22:02:
  29. Md Zulkarnain Shafie Saturday, June 2, 2018 22:10:
  30. Fazlan Azwan Saturday, June 2, 2018 22:47:
  31. Juan Ryan Sasaki Saturday, June 2, 2018 22:58:
  32. Zar Ram Saturday, June 2, 2018 23:46:
  33. Zar Ram Saturday, June 2, 2018 23:51:
  34. Zaynall Tyger Sunday, June 3, 2018 00:14:
  35. Ahmad Marwan Sunday, June 3, 2018 00:14:
  36. Ahmad Marwan Sunday, June 3, 2018 00:15:
  37. Faozia Joe Sunday, June 3, 2018 00:24:
  38. Razman Ramli Sunday, June 3, 2018 00:38:
  39. Huzairy Johari Sunday, June 3, 2018 02:37:
  40. Awie Vee Sunday, June 3, 2018 02:52:
  41. Mohamad Ab Rahim Sunday, June 3, 2018 07:34:
  42. Mohamad Ab Rahim Sunday, June 3, 2018 07:34:
  43. Mohamad Ab Rahim Sunday, June 3, 2018 07:37:
  44. Mohamad Ab Rahim Sunday, June 3, 2018 07:37:
  45. Rauzan Adnan Sunday, June 3, 2018 08:03:
  46. Rafeah Buni Sunday, June 3, 2018 15:14:
  47. Lim Tat Sunday, June 3, 2018 16:30:
  48. Mohd Jamil Idris Sunday, June 3, 2018 17:54:
  49. Adi Putra Monday, June 4, 2018 00:30:
  50. Adi Putra Monday, June 4, 2018 00:31:
  51. Izdham Taufiq Tuesday, June 5, 2018 07:16:
  52. Izdham Taufiq Tuesday, June 5, 2018 07:20:
  53. Izdham Taufiq Tuesday, June 5, 2018 07:23:
  54. Ahmad Marwan Tuesday, June 5, 2018 07:25:
  55. Izdham Taufiq Tuesday, June 5, 2018 07:25:
  56. Izdham Taufiq Tuesday, June 5, 2018 07:26:
  57. Marissa Ismail Tuesday, June 5, 2018 13:08:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.