Anggota APM selamatkan penyu sesat - pakdin.my

PORT DICKSON- Seekor penyu jenis agar seberat 50 kilogram yang berusia tujuh hingga 10 tahun  berjaya ditemukan sesat di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada pukul 11.56 pagi tadi yang memaklumkan terdapat seekor penyu sesat yang ditemukan di kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi Port Dickson menerima maklumat daripada orang awam terdapat satu kes penyu sesat dan anggota kami bergerak ke Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson pada 11.58 pagi tadi.

“Setibanya anggota di lokasi pada pukul 12.20 tengah hari, mereka mendapati terdapat seekor penyu yang sesat berdekatan kawasan janakuasa berkenaan dan anggota berjaya mengangkat penyu berkenaan pada pada pukul 1.18 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UTAMABERITAAnggota APM selamatkan penyu sesat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium