30 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) – Zamani

zamani-siti-nurhaliza-400

Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 10.15 pagi tadi tidak mahu mengulas kenyataan Shaari Amri yang mengaitkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan dirinya.

saari-siti nurhaliza-zamani-1

Zamani berkata, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan penyanyi wanita itu, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan takdir.

“Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu.

saari-siti nurhaliza-zamani

“Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar,” kata penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu yang ditemui di kediaman peguamnya A.M Zaharil & Co di Villa Damansara, di sini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan memaki jurugambar selepas ditahan polis. Zamani mendakwa ia berlaku secara tidak disengajakan kerana berada di bawah pengaruh dadah pada ketika itu.


“Ketika itu saya berada dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit. Jadi tanpa disengajakan saya tertinggi suara.

“Saya benar-benar memohon maaf kepada jurugambar berkenaan kerana sukar mengawal perasaan pada ketika itu akibat terlalu tertekan,” kata Zamani.

Zamani yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.

Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sudah dua kali beliau berikhtiar ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana mengakui malu kehadirannya dikenali.

Bagaimanapun kini, dia menyerahkan kepada keluarganya untuk membuat keputusan dan akur dengan apa saja tindakan yang bakal diambil mereka.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...