29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Aset Khazanah Nasional RM33b ditinggalkan bapak penyamun Mahathir telah meningkat RM134.5b dalam tempoh Najib Razak menjadi PM

Semalam, melalui salah satu sesi di Dewan Rakyat, saya telah mengutarakan bahawa ketika pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri, aset bersih Khazanah Nasional meningkat dari RM33 bilion kepada RM134.5 bilion dan meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, bagaimanakah Khazanah dikatakan melencong dari objektif asalnya sebagai syarikat pelaburan strategik negara.

Jawapan beliau ialah dengan memetik ‘kerugian’ perniagaan dalam talian, bagi pakaian dalam sebanyak US$20 juta atau RM80 juta.

Apa yang dimaksudkan beliau adalah pelaburan Khazanah pada 2015 dalam sebuah syarikat perniagaan dalam talian bernama Zivame.

Pelaburan itu, bersama beberapa pelaburan kecil lain di dalam 27 syarikat berkaitan teknologi di merata dunia, dilakukan menggunakan dana keuntungan sekitar RM6 bilion yang diraih Khazanah hasil pelaburan dalam Alibaba pada 2014.


Saya tertanya akan kecenderungan istimewa Azmin terhadap syarikat pakaian dalam dan bra di mana pelaburannya adalah RM80 juta tetapi ‘terlupa’ akan perolehan RM6 bilion dari Alibaba atau berbilion yang diraih dari IHH. Bagaimana pula kerugian berbilion dalam pelbagai pelaburan seperti Silterra atau MAS ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4?

Sebagai syarikat pelaburan strategik, objektif Khazanah adalah menjana pendapatan selain membuat pelaburan bagi mewujudkan hubungan atau kaitan secara menyeluruh di serata dunia yang akan memanfaatkan negara, dan itu termasuk menceburi perniagaan pakaian, sama ada pakaian dalam atau pakaian luar, di mana Malaysia juga memiliki beberapa jenama yang boleh menerima manfaat dengan akses ke pasaran besar India.

Pelaburan luar negara Khazanah akan membantu Malaysia sebagai pemain global dan bukan sekadar ‘jaguh kampung’ bagi memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia, dan langkah seumpama ini turut dilakukan syarikat pelaburan strategik Singapura, antara contoh terdekat.

Pada ketika ini, pelaburan dalam syarikat dalam talian di India itu masih lagi beroperasi dan adalah peneraju pasaran bagi segmen berkenaan di India serta terus memperkembangkan perniagaan mereka.

‘Kerugian’ Khazanah dalam pelaburan ini belum boleh dipastikan lagi. Perniagaan dalam talian biasanya akan mengalami kerugian pada peringkat permulaan namun tidak boleh disangkal, ia mungkin akan meraih perolehan lebih besar pada masa akan datang.

Menjana keuntungan dari pelbagai pelaburan lain seluruh dunia membolehkan Khazanah untuk memiliki dana untuk membuat pelaburan strategik ke dalam pelaburan yang rugi seperti Silterra dan MAS, yang kehilangan RM10 bilion selepas Tun Mahathir secara kontroversi, membeli syarikat berkenaan dari jutawan pada harga berbilion lebih tinggi dari harga pasaran pada masa lalu.


Pelaburan secara “portolio” adalah tugas utama Khazanah dan objektif utama mereka ialah meraih wang bagi negara.

Kerugian dalam sesuatu pelaburan tidak boleh dielakkan kecuali Azmin mampu memberi jaminan bahawa pelaburan akan datang Khazanah tidak akan kerugian langsung, sampai bila-bila.

Seperti disebut oleh Tan Sri Azman Mokhtar hari ini menggunakan analogi permainan bolasepak, di mana pasukan kami boleh menang dengan jaringan 5-1. Jangan fokus kepada jaringan tunggal itu tetapi tumpukan kepada 5 jaringan dan fakta kita telah menang.

Hakikatnya, Khazanah telah menunjukkan prestasi yang baik dengan meningkatkan nilai aset dari RM33 bilion kepada RM134.5 bilion bagi tempoh saya menjadi Perdana Menteri di sebalik secara berterusan membayar berbilion dalam bentuk dividen kepada kerajaan dan berbilion melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Keuntungan Khazanah yang tidak disebut inilah akan digunakan sebagai salah satu sumber untuk membiayai pemansuhan GST tahun ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini.


……….
https://pakdin.my/tag/khazanah-nasional

https://pakdin.my/tag/penerbangan-malaysia

https://pakdin.my/?s=Penerbangan+Malaysia+rugi

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan