26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Bekas pembantu menteri mengaku tak bersalah 6 tuduhan rasuah lebih RM100,000

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan budaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 6 pertuduhan menerima serta meminta suapan berjumlah RM106,500 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Temasya Anggun Glenmarie, Shah Alam, AMBank (M) Berhad di Bandar Puteri Puchong, Burger King di Kota Damansara, Petronas Dengkil antara 21 Dis 2018 hingga 30 Mac 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Sharif.

Dalam 3 daripada 6 pertuduhan itu, Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM90,000 daripada pemilik Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng.

Ia sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif Untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia” serta “Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan Bagi Pasaran Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia” untuk syarikat itu.

Tertuduh juga didakwa berjanji mendapatkan tender “RFP-Global Advertising Agency And Promotion For Tourism Malaysia” untuk Plan B Digital Sdn Bhd.

Bagi baki 3 lagi pertuduhan, Saifullah didakwa secara rasuah meminta RM16,500 daripada Seto melalui Roslan Lahada pembayaran deposit dan sewaan sebuah rumah di unit B-36-1, Vipod Residences, No 6 Jalan Kia Peng di Kuala Lumpur, melalui cek Maybank.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk menggunakan wang jaminan RM200,000 yang dibayar tertuduh di Mahkamah Sesyen bagi 18 pertuduhan sebelum ini.

Hakim turut membenarkan semua 6 pertuduhan itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama 18 pertuduhan yang dihadapinya bulan lalu.

Pada 19 Ogos lalu, Saifullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta rasuah lebih RM3.1 juta daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

Tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir, 28, turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengannya dalam menerima suapan berjumlah RM232,000.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...