Beri kupon makan percuma di Rantau, Wanita Umno gesa tindakan terhadap PKR [#PRKRantau]

Wanita Umno menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap PKR kerana memberi kupon makanan percuma bernilai RM75,000 di Rantau.

Ketuanya berkata parti kerajaan itu menggunakan taktik kotor yang melanggar undang-undang pilihan raya, lapor Sinar Harian.

“Walaupun tempoh kempen belum bermula tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan dalam pilihan raya. Ini juga boleh dianggap rasuah PRK kerana berlaku dalam kawasan pilihan raya,” kata Datuk Noraini Ahmad.

“Justeru, Wanita Umno mendesak agar SPR mengambil tindakan tegas agar PRK Rantau dapat berjalan dengan bersih dan tanpa prejudis.”

Wakil rakyat PKR Michael Teo semalam dilapor memberi sumbangan kupon kepada 300 pelajar miskin di lima buah sekolah, di sana.

Mendakwanya sebagai pemberian peribadi, ahli parlimen Miri itu mengatakan ia dilakukan selepas diminta calon PKR Dr S Streram.

Pengerusi SPR Azhar Harun sebelum ini mengeluarkan kenyataan agar calon PRK Rantau tidak menyalahguna aset bagi meraih undi.

Berita Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
http://pakdin.my/tag/prk-rantau

8 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini