Biar mereka berdrama, kita teruskan kerja – Khalid Ibrahim #pakdin.my

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (3 kiri) dan barisan Exco, Dr Halimah Ali (2 kiri) dan Iskandar Abdul Samad (kiri) menunjukkan gambar miliknya yang akan diletakkan bersama gambar Mantan-mantan Menteri Besar Selangor di SUK ketika Majlis perpisahan Menteri Besar ke 14 di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam.

“Biarlah politik berperang. Biasalah ahli politik berlakon. Biarlah mereka berdrama. Kita teruskan kerja. Tidak lama nanti, drama mereka akan menjadi lawak jenaka,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada kakitangan kerajaan dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, sebentar tadi.

Beliau yang turun untuk dari pejabatnya di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menyampaikan amanat terakhir, juga menasihatkan semua kakitangan untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai rakyat Selangor dan Malaysia.

“Ini bukan masanya untuk ucapan selamat tinggal atau tidak bersedia menjalankan tugas.

“Saya sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas saya dengan betul dan bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, kakitangan kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri yang mula berkumpul sejak jam 3 petang, bersorak sebaik Abdul Khalid tiba di lobi bangunan berkenaan kira-kira jam 4.30 petang, untuk memberi amanat terakhir.

Mereka yang memegang sepanduk bertulis ‘Terima Kasih Tan Sri Khalid’ dan ‘Tan Sri Khalid Terbaik’ serta belon berwarna kuning dan merah, bertepuk tangan dan bersorak apabila pengacara majlis menyebut jasa Abdul Khalid termasuk penstrukturan semula industri air Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin, ketika berucap, berkata sepanjang 30 tahun berkhidmat di Selangor, beliau tidak pernah melihat sokongan dan sambutan sedemikian rupa terhadap seorang Menteri Besar.

Berkaitan