Cedera tergelincir di Templer Park - pakdin.my

cedera-tergelincir-templer-park

Lelaki berusia 30-an cedera di kepala apabila terjatuh di air terjun di Hutan Lipur Kanching, Templer Park, tengah hari tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Ramlee Che Junoh berkata, mangsa dalam perjalanan pulang selepas mandi bersama isteri serta rakannya.

Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba Bandar Baru Selayang dan Rawang menyertai operasi menyelamat mangsa.

“Mangsa tergelincir dan terjatuh hampir tiga meter selepas mandi di kawasan ini.

“Operasi menyelamat ini turut disertai pasukan paramedik Hospital Selayang dan mangsa berjaya dibawa turun pada 1 petang tadi,” katanya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya.

UTAMABERITACedera tergelincir di Templer Park

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium