Cubaan edar dadah guna alat permainan tumpas - pakdin.my

MENGGUNAKAN kotak berisi kereta mainan yang dihantar ke perkhidmatan kurier sebagai helah untuk aktiviti pengedaran dadah ke pasaran luar negara.

Helah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa yang turut menahan dia suspek lelaki yang disyaki terlibat dengan aktiviti tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan penemuan empat kotak yang mencurigakan di sebuah pusat kurier pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak-kota tersebut mengandungi alat permainan kanak-kanak yang berisi serbuk putih disyaki heroin yang dibalut dengan kertas aluminium.

“Menerusi maklumat risikan, kita kemudian telah membuat serbuan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan Batu 9, Cheras, Selangor kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, hasil serbuan telah menemukan satu kotak yang dipegang oleh seorang suspek lelaki berusia 32 tahun.

Ujarnya, pemeriksaan di dalam kotak tersebut mengandungi alat permainan yang diisi sepeket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin.

“Turut dirampas ialah sebuah kotak yang mengandungi alat permainan kereta yang juga didapati mempunyai dadah jenis heroin dan merampas serangkai kunci rumah dan lima kad akses rumah dalam kereta yang dipandu oleh suspek.

“Susulan itu juga, kita telah melakukan serbuan di sebuah kondominium di Bandar Damai Perdana, Cheras kira-kira pukul 1.30 petang,” katanya.

Hasil serbuan itu ujarnya menemukan dua kotak yang terdapat pelbagai alat mainan yang telah diisi dadah disyaki heroin, syabu, serbuk ekstasi dan pelbagai barangan disyaki untuk tujuan memproses dan membungkus dadah.

Katanya lagi, serbuan seterusnya dilakukan pada 3 Jun lalu kira-kira pukul 2 pagi di sebuah apartment di Jalan Kepong dan berjaya menahan suspek kedua, lelaki berusia 27 tahun.

“Selain rampasan dadah, kita turut merampas wang tunai, 7 utas jam tangan dianggarka bernilai RM125,500 dan sebuah kereta jenis Mazda.

“Semakan juga suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan satu rekod di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

UTAMABERITACubaan edar dadah guna alat permainan tumpas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium