Home / :: BLOG :: / CUEPACS gesa penjawat awam hina ATM, PDRM letak jawatan
Datuk Omar Osman

CUEPACS gesa penjawat awam hina ATM, PDRM letak jawatan

Datuk Omar Osman
Datuk Omar Osman

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menggesa segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan melalui media sosial supaya segera meletakkan jawatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sekiranya tidak mahu meletakkan jawatan, mereka yang berkenaan perlu menunjukkan surat tunjuk sebab segera kepada kerajaan.

“Mereka memang patut letak jawatan. Kalau nak bersuara, mereka perlu beri pandangan yang bernas dan menyokong usaha kerajaan, bukannya menghina sesiapa.

“Kalau betul mereka (penjawat awam) terbukti bertindak biadap menghina pasukan keselamatan yang berjuang di Lahad Datu, Sabah, mereka perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Omar diminta mengulas tindakan segelintir kakitangan awam termasuk guru, polis dan anggota tentera yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna melalui media sosial sama ada Facebook, Twitter dan blog.

Sementara itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula mendesak kakitangan kerajaan yang propembangkang agar menolak setiap ganjaran tambahan termasuk gaji baharu yang diberikan kerajaan.

Malah, mereka dinasihatkan berhenti daripada menjawat jawatan awam.

“Saya cabar mereka untuk tampil dengan beraninya dan menolak setiap ganjaran tambahan yang diumumkan kerajaan semalam termasuk gaji baharu,’’ katanya.

Tambah Muhammad Zahid, amat malang terdapat kakitangan kerajaan sendiri menentang kerajaan memerintah.

Mereka, katanya, amat bernasib baik kerana berada di Malaysia yang mempunyai pemerintah yang pemurah.

“Kakitangan kerajaan yang propembangkang boleh dikategorikan sebagai gunting dalam lipatan,’’ ujarnya.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Check Also

Konvensyen PAN: Khalid Samad Kata Nabi pun pernah tak tunai janji

Malaikat sudah, nabi pun sudah. Tuhan je belum diorang petik. Inilah pilihan rakyat Malaysia. 4 …

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: