Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Global

All countries
233,173,026
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
208,203,198
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
4,771,354
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Dua Mangsa Culik Di Semporna Dibebaskan

Pulau Singgahmata Semporna

Semporna: Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

“Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

“Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin,” katanya menerusi ‘Tweet’ kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

“Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.

“Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna.

Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat “bantuan dalaman” untuk memasuki resort itu.

Dilaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat.

Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian.

Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu.

Berkaitan