30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Himpunan Menjunjung Taat Setia Pemuda Umno Johor 10 Jun

Pemuda Umno Johor akan menganjurkan ‘Himpunan Menjunjung Taat Setia’ di Istana Pasir Pelangi di sini pada 10 Jun ini sebagai tanda sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Maskon berkata, himpunan yang disertai lebih 300 badan bukan kerajaan dari seluruh negeri itu juga diadakan sebagai tanda amarah terhadap tindakan

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Beliau berkata, himpunan itu yang akan disertai lebih 5,000 orang, termasuk sayap parti Barisan Nasional, adalah sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik.

“Baginda selama ini berbelas tahun sanggup mencemar duli melakukan Kembara Mahkota Johor untuk berjumpa rakyat di setiap pelosok negeri, jadi ini masa yang sesuai untuk kita pula sebagai rakyat turun untuk menyatakan sokongan terhadap baginda,†katanya.

Sehubungan itu, Mohd Fadil, yang ditemui dalam sidang media khas yang diadakan di sini hari ini, menyeru semua rakyat Johor agar sama-sama menyertai himpunan yang akan diadakan pada 12 tengah hari bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Johor.

Fadil berkata rakyat Johor merasa amat sedih dan terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohammad Nizar dan sehubungan itu mendesak beliau supaya segera meminta maaf kepada rakyat Johor kerana mendatangkan kemarahan dan fitnah itu.

“Kami juga meminta supaya beliau memperbetulkan keadaan dengan menyeru semua penyokongnya supaya lebih berhati-hati dalam melontarkan pandangan dalam apa jua bentuk media supaya tidak mengelirukan rakyat berhubung insitusi diraja, pemerintah dan kerajaan,†katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan