Kemalangan Maut di MRR2 – Ujian Alkohol & Dadah Negatif - pakdin.my

 

kemalangan-maut-satria-viva-swift-MRR2Polis telah menahan seorang pemandu kereta bagi membantu siasatan berhubung nahas yang meragut empat nyawa di jalan lingkaran tengah dua berdekatan Bukit Antarabangsa semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata ujian alkohol dan dadah yang dijalankan terhadap pemandu berusia 65 tahun bagaimanapun disahkan negatif.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, kereta Perodua Viva yang dipandu Hasbullah Abdul Ghani dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang terbabas sebelum dilanggar sebuah kereta lain.

Selain Hasbullah, isterinya Nurul Intan Syahida, 22 serta dua sepupu mereka, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad dan Asma Ismail turut terkorban.

Kejadian turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera.

UTAMABERITAKemalangan Maut di MRR2 - Ujian Alkohol & Dadah Negatif

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium