Kenyataan Mat Sabu Buat DAP Bimbang Hilang Undi (video) - pakdin.my


Karpal Singh Tempelak Mat Sabu

Selepas berdegil tidak mahu memohon maaf atau menarik balik kenyataannya menghina pasukan keselamatan dan mendokong komunis dalam insiden Bukit Kepong 1950, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini ditempelak sekutunya sendiri dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi DAP, Karpal Singh, apa yang dikatakan Mat Sabu itu bukan sahaja salah dari aspek sejarah, malah sesuatu yang tidak munasabah untuk dibangkitkan 61 tahun selepas kejadian itu.

Menurut Karpal, selepas menonton sendiri sedutan ceramah Mat Sabu dalam “YouTube”, beliau merumuskan inti pati ceramah Timbalan Presiden Pas itu jauh terpesong daripada kebenaran.

Sebaliknya, anggota polis dan pegawai keselamatan yang berjuang untuk mempertahankan balai polis dalam insiden berkenaan, pejuang negara, dan bukannya pengkhianat negara.

KARPAL SINGH / PENGERUSI D-A-P
Anggota polis dan keselamatan yang menduduki balai polis bertanggungjawab untuk melawan serangan komunis yang kemudian menyebabkan kematian 13 anggota polis, tiga anggota keselamatan, tiga wanita dan seorang kanak-kanak. Hanya kerana mereka ditugaskan oleh British tidak bermakna serangan komunis itu betul. Pengorbanan mereka yang kehilangan nyawa perlu dihargai dan tidak harus dipertikaikan. Justeru, menyentuh kejadian 61 tahun lalu yang sensitif itu adalah tidak munasabah, Mohamad Sabu harus mengambil tindakan sewajarnya untuk mengubati perasaan keluarga mereka yang terkorban.

Justeru, menurut Karpal, kenyataan Mat Sabu itu tidak boleh dipertahankan sama sekali.

Beliau juga menggesa Timbalan Presiden Pas itu segera menarik balik kenyataannya yang menghina pelbagai pihak, khususnya keluarga anggota keselamatan.

KARPAL SINGH / PENGERUSI DAP
Saya berpendapat beliau harus menarik balik kenyataan itu supaya perkara ini dapat diselesaikan. Saya rasa beliau perlu menarik balik (kenyataan), saya tidak nampak sebarang rasional jika beliau enggan melakukan demikian. Ia perlu dilakukan segera kerana kenyataan itu tidak boleh dipertahankan sama sekali.

Karpal Singh Mahu Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan Berhubung Tragedi Bukit Kepong

GEORGE TOWN, 1 Sept — Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

“Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.

“Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,” kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.

UTAMABERITAKenyataan Mat Sabu Buat DAP Bimbang Hilang Undi (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium