Home EKONOMI Kerugian bersih AirAsia X meningkat berikutan kejatuhan nilai ringgit

Kerugian bersih AirAsia X meningkat berikutan kejatuhan nilai ringgit

Kerugian bersih AirAsia X Bhd meningkat kepada RM229.89 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2019 daripada RM197.47 juta pada tempoh sama 2018 disebabkan kerugian akibat pertukaran asing sebanyak RM67.5 juta serta cukai tertunda RM71.76 juta.

- Advertisement -

Syarikat itu berkata, bagaimanapun kerugian operasi bersih bagi suku berkenaan susut kepada RM69.46 juta berbanding RM205.23 juta pada tempoh yang sama 2018, didorong terutamanya oleh penerimaan insentif lapangan terbang dan harga bahan api lebih rendah.

Selain itu, susut nilai sebanyak RM138.2 juta telah diambil kira pada suku ketiga 2018, kata syarikat tambang rendah bagi penerbangan jarak jauh itu dalam kenyataan dengan Bursa Malaysia.

Sementara itu, perolehan bagi suku ketiga 2019 berkurangan kepada RM1.01 bilion daripada RM1.08 bilion yang dicatatkan tempoh sama 2018.

Bagi tempoh kewangan sembilan bulan, kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM393.67 juta daripada RM213.43 juta pada tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan menokok kepada RM3.19 bilion daripada RM3.41 bilion.

Mengenai prospeknya, syarikat penerbangan itu berkata, cabaran yang dihadapinya adalah daripada kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan pelaksanaan levi pelepasan dari semua lapangan terbang Malaysia baru-baru ini, serta ‘persaingan yang tidak rasional’ dalam industri penerbangan tempatan.

“Bagaimanapun, syarikat dilindungi daripada turun naik harga bahan api memandangkan 86 peratus keperluan bahan api bagi suku keempat tahun ini telah dilindung nilai pada harga lindungi nilai Brent purata pada US$61 setong,” menurut AirAsia X.

- Advertisement -

Ia berkata dalam mengharungi cabaran ini, AirAsia X giat memanfaatkan peluang perolehan dan melaksanakan disiplin kos untuk meningkatkan keberuntungan dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.

“Faktor permintaan dan faktor muatan dijangka kekal pada tahap yang agak baik. Di samping itu, gembira apabila mengetahui tambang asas purata mencatatkan aliran meningkat tahun ke tahun pada suku keempat,” menurutnya.

AirAsia X berkata, pengurusannya terus berusaha untuk mengurangkan kos dengan pelaburan dalam pendigitalan sebagai sebahagian usaha meluas AirAsia Group yang dijangka dapat mengurangkan kos bagi jangka panjang.

“Syarikat menjangkakan prestasi kewangan keseluruhan suku keempat 2019 kekal agak baik dengan pengurusan komited untuk memastikan pertumbuhan mampan dalam keadaan industri penerbangan global yang mencabar,” katanya. – Bernama

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

992FansLike
4,799FollowersFollow
3,326FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Mahathir Masuk Umno? Minta Maaf, Kirim Salam, Kata Zahid

“Minta maaf. Kirim Salam.” Demikian maklum balas ringkas yang...

[Video] Tiada masa cerita politik, kebajikan rakyat lebih penting – Annuar Musa

Demikian luahan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau kini mementingkan kebajikan dan kesusahan rakyat...

#PRKChini : Anak Najib Dalam Senarai Pendek Calon BN

Mohd Nizar menjadi ahli Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa pada tahun 2009. Bendahari Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa bagi penggal 2013-2018 Menang tanpa bertanding bagi...

PRK DUN Chini dan Muafakat Nasional

Ada beberapa RBA DAP cuba melaga-lagakan kerjasama BN-PAS dalam Muafakat Nasional dengan menyebarkan dakyah UMNO menindas Pas kerana mahu terus bertanding di #PRKDUNChini. Kononnya sudah...

Semua 26 Pati positif Covid-19 dipindahkan ke Maeps selepas lelaki Bangladesh bergari lari dari wad Hospital Sungai Buloh pagi Sabtu 

SERAMAI 26 pendatang asing tanpa izin (Pati) positif Covid-19 yang ditempatkan di Hopsital Sungai Buloh akan dipindahkan ke pusat rawatan di Taman Pameran Pertanian...

Gugur keahlian Dr M dan 4 lagi bukan tindakan terburu-buru, kata Muhyiddin

Beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan perlu berlandaskan perlembagaan parti Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama...

[Video] PKPB: Rentas negeri suami isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin

Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya,...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu