Krisis Air Selangor: Azmin Minta Bantuan PM Cari Penyelesaian - pakdin.my

KeTTHA
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu menyelesaikan kemelut penstrukturan semula bekalan air di negeri itu.

Hasrat itu dinyatakan Mohamed Azmin ketika menemui Najib pada mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini, pagi tadi.

Mengulas pertemuan itu, Mohamed Azmin berkata beliau telah memaklumkan kepada Najib mengenai kesediaannya menemui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili bagi menyelesaikan kemelut itu.

“Saya pasti itu adalah jalan terakhir, saya yakin kami boleh duduk dan berbincang. Saya sudah suarakan kebimbangan bagi pihak kerajaan Selangor kepada perdana menteri. Saya jumpa beliau (Najib) pagi tadi di mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Jadi, perdana menteri memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri KETTHA (Ongkili) dan saya berharap kementerian dan kerajaan negeri dapat duduk semula minggu hadapan untuk memuktamadkan (perjanjian penstrukturan semula bekalan air),” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pada Isnin lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017, untuk menyediakan air bersih kepada pengguna di kawasan terlibat.

Ongkili ketika menjawab soalan Mohamed Azmin pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa lepas dilaporkan berkata pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

KeTTHA-jawapan-isu-air-selangor

UTAMAPOLITIKKrisis Air Selangor: Azmin Minta Bantuan PM Cari Penyelesaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium