Krisis MB Selangor: PAS kekal keputusan tolak Wan Azizah calon MB

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

wan-azizah-ditolak-biro-politik-pas

PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam masa sama, parti itu masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat Exco itu mewakili parti dan pakatan selepas enam exco daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan.

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan, parti itu menolak  pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang itu bukan sebab jantina.

Menurut beliau, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 Adun PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR.

Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar.

“Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ,” katanya.

Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat Exco PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP.

Sehubungan itu, katanya, kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini.

Semalam, Wan Azizah mengumumkan mendapat majoriti Adun yang menyokong beliau sebagai menteri besar termasuk dua daripada Adun PAS.

BACA juga:

Leave a Reply