Krisis MB Selangor: PAS Khianati Pakatan – Rafizi

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

wpid-whatsapp-pas-pusat.jpg

Hanya dengan satu paparan skrin yang dibocorkan kepada umum, dua sekutu pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kini berhadapan krisis dalaman yang semakin merumitkan.

Selain menuduh PAS mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat (PR), Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli turut menyifatkan parti yang memperjuangkan dasar Islam itu masih mengamalkan politik perkauman yang sempit.

Tegas Rafizi, berdasarkan paparan skrin perbincangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang kini menjadi viral di dalam sosial, parti itu jelas bercanggah dengan lima prinsip dan dasar yang dipersetujui bersama antara PKR-PAS-DAP dalam PR.

“Pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain.

“Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh Dr Zuhdi memberi gambaran bahawa masih ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kenyataan keras Rafizi itu dibuat selepas tersebarnya paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat mengenai strategi parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Menerusinya, seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilihat mengemukakan pandangan dan saranan jika PAS mahu keluar daripada PR.

Selain mengutarakan cadangan supaya PAS menjalin kerjasama dengan Umno, Mohd Zuhdi turut menyentuh mengenai isu perkauman agar kuasa politik kembali dikuasi orang Melayu.

Mengulas lanjut Rafizi turut menuntut penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada terdapat lebih ramai kepimpinan tertinggi PAS yang mengamalkan politik perkauaman dan anti demokrasi.

“Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi?.

“Selain itu, apakah tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat ini?” soalnya.

BACA juga:

Leave a Reply