25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Kristian Tidak Terjejas Tanpa Kalimah Allah – Dr Mahathir

pergolakan-di-mesir-tun-mahathir

Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

“Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah ‘Allah’, tidak akan memudaratkan mereka.

“Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Dr Mahathir berkata sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan.

Jumaat lepas, paderi Lawrence Andrew, editor akhbar mingguan Katolik, Herald, dalam artikel yang disiarkan sebuah portal berita, berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia.

Langkah ini bertentangan dengan hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk menghantar surat peringatan kepada mereka berhubung enakmen yang melarang penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, termasuk yang menyifatkan tindakan Andrew itu bukan sahaja mencabar sensitiviti umat Islam, tetapi juga tidak menghormati undang-undang.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...