BN Mampu Pertahankan Kerusi DUN Pengkalan Kubor – Hishamuddin - pakdin.my

wpid-mesyuarat-perwakilan-umno-hulu-selangor-1.jpg

KUALA KUBU BHARU  – Naib Presiden UMNO Hishamuddin Hussien yakin BN dapat mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Kubor.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Dewan Pusat Latihan Polis Kuala Kubu Bharu.

Antara faktor yang mempengaruhi kemenangan tersebut adalah kerana Allahyarham Ahmad Zahidi telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN dengan berkesan. Perkhidmatan Allahyarham yang cemerlang amat disenangi oleh pengundi di Pengkalan Kubor.

wpid-mesyuarat-perwakilan-umno-hulu-selangor-2.jpg

Barisan Nasional terutamanya UMNO diharap tidak mengambil mudah Pilihanraya Kecil tersebut. Usaha hendaklah digembeling bagi memastikan Barisan Nasional dapat mengekalkan kerusi yang di menangi pada PRU yang lepas.

Dalam ucapan, Hishamuddin menasihatkan seluruh ahli UMNO dalam negeri Selangor meningkatkan iltizam dan punyai semangat juang yang tinggi selain optimis dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

 

 

UTAMAPILIHAN RAYABN Mampu Pertahankan Kerusi DUN Pengkalan Kubor - Hishamuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium