Lebih 500 sertai solat hajat mohon pembelaan inkues Adib - pakdin.my

Kurang 24 jam daripada keputusan Mahkamah Koroner esok bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, umat Islam menunaikan solat hajat memohon supaya segala-galanya berjalan lancar.

Di Masjid Wilayah Persekutuan, lebih 500 umat Islam mendirikan solat berkenaan selepas solat fardu Isyak dalam semangat solidariti dan suasana penuh khusyuk memanjatkan doa agar kematian Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya lapor MalaysiaGazette.

Solat diimamkan Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Zamri Abd Halim.

Ketika ditemui, Ustaz Mohd Zamri berkata, solat hajat yang dilakukan itu bagi mendapat keadilan sewajarnya bagi kematian Allahyarham Muhammad Adib.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku tapi ini untuk pembelaan sewajarnya,” katanya ringkas.

Solat hajat itu disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah dan Persatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Mahkamah Koroner pada 21 Ogos lalu telah menetapkan esok sebagai tarikh keputusan prosiding inkues Allahyarham Muhammad Adib.
Keputusan itu dibuat selepas meneliti semua keterangan yang diambil daripada saksi-saksi sebelum ini.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib bermula pada 11 Februari lalu telah memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar yang berlangsung selama 41 hari selain 137 bahan bukti dikemukakan.

Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari dirawat.

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

UTAMABERITALebih 500 sertai solat hajat mohon pembelaan inkues Adib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium