Mangsa Keracunan Makanan Di Tanjung Dawai Meningkat - pakdin.my

Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.
Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.
Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH
Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH
Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.
Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

Di Kedah, 246 pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim di Alor Setar susulan kes keracunan makanan membabitkan sebuah majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Daripada jumlah itu, 93 pesakit dimasukkan ke wad masing-masing 62 orang di Hospital Yan, dan 31 orang di Hospital Sultan Abdul Halim.

Dua mangsa pula ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, ICU.

Dalam pada itu, Hospital Abdul Halim telah menyediakan klinik bergerak yang ditempatkan di Kampung Huma bagi memantau keadaan.

Kesemua enam ahli keluarga, termasuk pengantin turut ditempatkan di unit pemerhatian.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dijangka melawat mangsa di kedua-dua hospital terbabit petang ini.

Tiga orang dilaporkan meninggal dunia semalam selepas dimasukkan ke hospital Sabtu lalu.

Tiga maut keracunan makan kenduri di Tanjung Dawai, Merbok (video)Tiga maut keracunan makan kenduri di Tanjung Dawai, Merbok (video)

Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia hari ini. Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira

 

 

UTAMAPOLITIKMangsa Keracunan Makanan Di Tanjung Dawai Meningkat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium