Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Global

All countries
230,318,726
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
All countries
205,309,568
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
All countries
4,722,782
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Mayat wanita kepala berlubang ditemui di Kapar

jenayah5

KLANG – Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.

“Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.

Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

Berkaitan