Mini Low Yat bakal diwujudkan di Kompleks MARA - pakdin.my

bangunan-mara-mini-lowyat

Usahawan bumiputera termasuk bekas-bekas pelajar Giat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terlibat di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan digital difahamkan akan dilatih membaiki telefon bimbit supaya lebih mahir dalam bidang tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan adanya pakar dalam ICT dan digital di kalangan pelajar-pelajar akan dapat merealisasikan untuk mewujudkan mini Low Yat di tingkat tiga Kompleks MARA yang terkenal dengan pusat jualan dan borong alat telekomunikasi.

“Kami bercadang mahu menjadikan tingkat tiga Kompleks MARA itu sebagai sebuah mini Low Yat, khusus untuk peniaga-peniaga bumiputera cuma buat masa sekarang kami sedang mengumpul maklumat berapa ramai usahawan bumiputera yang terlibat di dalam bidang ini.

“Bagi menarik perhatian pengunjung, kami juga akan menawarkan ruang kepada pembekal produk ICT antarabangsa seperti Apple dan sebagainya kerana jika peluang diberikan kepada peniaga-peniaga kecil sahaja, bimbang pula ianya tidak mampu untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MARA di Ibu Negara pada Selasa.

Tingkat tiga kompleks membeli-belah tersebut sebelum ini dijadikan sebagai medan selera bagaimanapun telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Ia boleh menempatkan kira-kira 20 hingga 30 buah kiosk menjual produk ICT seperti telefon pintar, komputer dan tablet.

UTAMAMini Low Yat bakal diwujudkan di Kompleks MARA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium