27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Najib dakwa diganggu lagi, ‘makan nasi campur pun tak senang’

Datuk Seri Najib Razak mendakwa penyokong Pakatan Harapan (PH) cuba melakukan provokasi ketika beliau turun padang dan bersarapan di Kuala Selangor pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata polis bagaimanapun bertindak pantas menghalang provokasi itu. 


“Seperti penyokong “Raykat” DAP yang membuat hal semasa saya di sebuah restoran dekat UM (Universiti Malaya) dua minggu dahulu, orang PH cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi saya di Selangor.

“Saya makan nasi campur pun PH tak senang,” catatnya di Facebook. 

Tiga penyokong Umno termasuk Datuk Lokman Noor Adam didakwa di mahkamah kerana melakukan kekerasan semasa program Najib dekat UM. 


Najib berkata kali ini penyokongnya lebih bersabar dan tidak termakan provokasi pihak lawan. 

“Penyokong kami tidak lagi senang untuk termakan provokasi dan termasuk perangkap pihak PH yang hanya berhasrat untuk mencari gaduh.


“Yang memulakan provokasi akan terlepas. Yang memberi reaksi kepada provokasi akan ditangkap dan didakwa,” katanya lagi. 

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan