Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada #pakdin.my

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.

JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera berada pada aras bahaya dengan trend menurun.

Sementara itu, di Selangor aras air di Sungai Bernam Rimba KDR di Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend menaik.

JPS turut memaklumkan di Johor aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak turut berada pada aras bahaya dengan trend menurun.

Bagi Melaka, aras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala di Sabah aras air Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort berada pada aras bahaya dengan tiada perubahan trend.

Original Article

Berkaitan