30 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

PasMa makin intim dengan DAP, PAS masih pejam mata

Pahrolrazi-pasma

Nawaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia(PasMa) nyata semakin diragui.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pimpinan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi semakin terbuka menyatakan sokongan dan mendekati PKR dan DAP.

Bagi PKR dan DAP, kehadiran PasMa ibarat orang mengantuk disorong bantal.

Pemimpin kedua-dua parti itu tahu, mereka tidak lagi boleh bergantung harap kepada PAS kerana dulu jika ada pergeseran dengan PAS, ia ibarat ribut dalam cawan sahaja.
pasma


Kini, pembangkang dalam Pakatan Rakyat sudah banyak mencurigai satu sama lain.

DAP terlalu keras terhadap PAS dalam isu hudud.

PKR tidak banyak cakap kerana mungkin dalam debaran menunggu keputusan hukuman terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sendiri sudah banyak diam dan menghabiskan masa di luar negara sementara menanti keputusan Mahkamah Persekutuan.

Berbalik kepada PasMa, yang ditubuhkan oleh kumpulan dalam Pas yang mula melihat kasih sayang parti itu terhadap PKR dan DAP semakin kurang, nampaknya Pahrolrazi cuba menangguk di air keruh.

Terbaharu, PasMa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bertujuan merangka kerjasama dan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Banyak yang dibincangkan mereka sehingga Phahrolrazi dalam reaksinya selepas pertemuan itu dilaporkan berkata, PasMa sedia timbang untuk jadi sebuah parti politik.

Dalam erti kata lain, PasMa bersedia untuk semakin intim dengan DAP dan menjadi sekutu baharu kepada pembangkang.

Pasma cuba mencari dahan untuk berpaut manakala DAP dan PKR juga berharap Pasma jadi rambut yang boleh mereka berpaut jika PAS yang jadi akar selama ini tiba-tiba memutuskan hubungan.

Tidak mustahil, penerimaan DAP dan PKR terhadap PasMa akan menjadi laluan mudah kumpulan Anwarninas dalam PAS menyeberang kepada Pasma.

Kumpulan ini sudah lama memendam rasa tetapi selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih Presiden PAS, hasrat mereka menyokong seratus peratus DAP dan PKR tidak kesampaian.

Justeru itu, dijolok supaya Hadi tidak bertanding lagi dan puak-puak ini mencadangan beliau mengambil alih jawatan Mursidul Am.

Perlu diingat, Majlis Syura Ulama PAS telah berkali-kali mengingatkan agar tiada ahli parti itu menyertai sebarang aktiviti PasMa.

Malah, Hadi turut memberi peringatan sama.


Persoalan sekarang, mengapa Phahrolrazi yang masih ahli PAS terus berani mencabar kepimpinan parti?

Sudah masanya PAS harus berani untuk mengambil tindakan ke atas PasMa.

Jangan nanti, apabila sudah ramai pemimpin dan ahli PAS sudah menyertai PasMa, sudah terlambat bagi pemimpin ulama PAS membuka mata.

Elok PAS buka mata sekarang termasuk membuka hati dan fikiran untuk berjuang sendiri jika tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...