Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm

Global

All countries
230,678,855
Confirmed
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
All countries
205,676,336
Recovered
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm
All countries
4,728,974
Deaths
Updated on September 22, 2021 21:01 9:01 pm

Pembunuhan Shaharuddin Mungkin Ada Kaitan Dengan Tugas Kastam

SEBAK… Ahli keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.Allahyarham Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.-

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya pada Jumaat, mungkin mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai kanan kastam.

Anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.

“Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya,” katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Timbalan ketua pengarah kastam itu ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.

Roslan berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Ahad lepas dan mereka berbual sambil minum bersama. “Allahyarham mempunyai lima orang anak. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong serta mempunyai hobi bermain golf. Dia selalu main golf di Seremban,” katanya.

Kakak arwah, Zaleha Ibrahim, 70, ketika ditemui di Masjid Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, berkata kali terakhir beliau bertemu adiknya ialah dua minggu lepas di rumahnya dekat Kuala Selangor.

“Saya dan arwah rapat sebab saya yang jaga dia masa belajar di universiti dulu. “Tidak sangka arwah pergi selepas dia beria-ia mahu berjumpa saya dua minggu lepas,” ujarnya sebak.

Menurut Zaleha arwah adalah anak ke lapan dari sembilan beradik.

Berkaitan