Pemilihan MIC Peringkat Cawangan, Bahagian Dan Pusat Ditangguhkan Selepas PRU-13 - pakdin.my

Senator G Palanivel
Senator G Palanivel

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat MIC memutuskan kesemua pemilihan parti peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan dibuat pada mesyuarat yang bersidang 17 Januari lepas itu turut mengambil ketetapan borang ‘B’ juga akan diedarkan kepada semua cawangan selepas PRU-13.

Beliau menyeru kepimpinan MIC seluruh negara memberikan tumpuan terhadap persediaan PRU-13 dengan menubuhkan Bilik Gerakan, menggerakkan aktiviti pilihanraya serta berjumpa terus dan mendampingi pengundi di tempat masing-masing.

UTAMAPOLITIKPemilihan MIC Peringkat Cawangan, Bahagian Dan Pusat Ditangguhkan Selepas PRU-13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium