Pemimpin NGO Ditahan Kerana Menghasut - pakdin.my

himpunan-guling-kerajaan
Seorang pemimpin sebuah badan bukan kerajaan NGO pro pembangkang yang dipercayai terlibat menghasut orang ramai hadir ke Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini ditahan semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata suspek berusia 24 tahun ditahan jam 11.35 malam di sebuah restoran di Kampung Baru.

Tambah beliau, tangkapan lain juga akan dilakukan dalam masa terdekat.

Lelaki berasal dari Terengganu itu ditahan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Suspek turut disiasat mengikut seksyen 1-2-4 kurungan b kanun keseksaan kerana menghasut.

Selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi berparlimen.

Suspek dikatakan cuba menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan pada satu perhimpunan haram di hadapan Kelab Sultan Sulaiman, Jumaat lalu.

 

UTAMAPemimpin NGO Ditahan Kerana Menghasut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium