Penarik beca termakan hasutan – Idris Haron - pakdin.my

BANDARAYA Melaka, 10 Okt – Tindakan sebahagian kecil penarik beca di negeri ini yang bertindak mengugut kerajaan yang memerintah pada masa ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku.

Ugutan yang dibuat oleh penarik beca itu disebabkan termakan hasutan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan politik sempit dengan mencetuskan isu kerajaan negeri akan memperkenalkan beca elektrik di kawasan pelancongan popular di Banda Hilir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ir Idris Haron berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkankan kenyataan untuk menggantikan beca kayuhan atau beca tradisional dengan beca elektrik.

“Kerajaan Negeri melihat penggunaan beca elettrik sesuai di negeri ini kerana ia berkonsepkan teknologi hijau, kita tak pernah bercakap pun beca kayuhan akan digantikan dengan beca elektrik.

“Penarik beca ini dihasut oleh mereka yang ada kepentingan politik, dengan sedikit hasutan penarik beca melenting, ugut nak tukar parti, ugut tak mahu sokong kerajaan, apakah selama ini kerajaan tidak prihatin terhadap penarik beca?, kita (kerajaan) buat kerja dengan menyediakan pelbagai infrastruktur hingga mampu menarik ramai pelancong dan penarik beca boleh cari makan di Melaka,” katanya dalam rancangan 30 minit Idris Haron di Gegau Pagi Melakafm, pagi ini.

Idris dengan nada tegas berkata, setiap orang hendaklah selidik dan pastikan apa sahaja berita yang diterima adalah betul dan ditafsirkan dengan jelas dan nyata sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memajukan negeri ini dan memastikan semua rakyat hidup dalam keadaan harmoni disamping menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

20161010-demo-penarik-beca-melaka

UTAMAPOLITIKPenarik beca termakan hasutan - Idris Haron

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium