Penjenayah Warga Asing ‘Matruji’ Ditembak Mati (video) - pakdin.my

penjenyah-mat-ruji-ditembak-mati

Seorang Ketua Kumpulan Samun, Geng Matruji, ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembak berhampiran Taman Mas, Sepang, Selangor malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor , Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki bernama Mat Ting War 43 tahun ditembak kira-kira pukul sembilan malam tadi sewaktu cuba melarikan diri ke belukar berhampiran dan melepaskan tembakan ke arah polis.

Pihak polis turut menemui sepucuk pistol automatik jenis Vzor70 bersama tiga butir peluru dalam sebuah kenderaan Nissan Grand Livina dipercayai dicuri yang dipandu suspek.

Turut ditemui satu pemotong besi besar dan kuku kambing.

Sekurang-kurangnya 27 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang didalangi kumpulan terbabit sejak tahun 2005.

Dia juga menjadi ahli kumpulan penjenayah warga asing yang begitu dikehendaki polis.

Polis juga sedang mengesan baki anggota kumpulan terbabit yang disyaki masih bersembunyi di Selangor.

 

UTAMABERITAPenjenayah Warga Asing 'Matruji' Ditembak Mati (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium