Legasi Mahathir: Perjanjian berat sebelah antara TNB dan YTL - pakdin.my

YTL-projek-kerajaan

Adakah anda tahu bahawa di dalam perjanjian Tenaga Nasional Berhad dan YTL, terdapat tiga terma yang amatlah berat sebelah:-

1. Harga asas jualan kuasa elektrik di antara syarikat YTL Power Generation Sdn Bhd dan TNB ditetapkan pada paras 15.5 sen/kWj untuk tempoh selama 21 tahun dengan jumlah kuasa elektrik yang dibeli oleh TNB yang lebih daripada jumlah “take or pay” iaitu 7,450 gWj setahun. Take or pay ini bermakna TNB terpaksa membeli paling minima 74% dari keluaran tenaga yang di jana oleh YTL. Samada TNB pakai atau tidak tenaga ini, tidak di ambil kira.

2. Harga asas jualan kuasa elektrik pada paras 15.5 sen/kWj ini adalah tinggi berbanding harga asas yang sepatutnya di antara 12 hingga 13 sen/kWj yang telah memberi kelebihan keuntungan kepada syarikat YTL yang dianggarkan sebanyak RM3.9 bilion dan pulangan ekuiti sebanyak 36% bagi tempoh perjanjian pembelian kuasa elektrik (PPA) iaitu dari tahun 1993 hingga 2015.

3. Selain itu, bagi tempoh 1997 hingga 2011, PETRONAS telah kehilangan hasil sebanyak RM12.31 bilion memandangkan harga gas bersubsidi di berikan kepada YTL pada harga RM6.40/MMBtu.

Hanya di bawah Dato Seri Najib, Petronas telah memberhentikan subsidi gas ini kepada YTL.

YTL beli gas harga murah, jana tenaga eletrik dan TNB mesti beli 74% dari penjanaannya dengan harga yang mahal walaupun kalau ada pembekal eletrik lain yang lebih berpatutan.

Kalau macam ini, saya pun boleh bukak loji penjana eletrik.

UTAMAPOLITIKLegasi Mahathir: Perjanjian berat sebelah antara TNB dan YTL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium