Perkhidmatan Komuter Rawang-Tanjung Malim Dijangka Pulih Sabtu - pakdin.my

wpid-keretapi-tergelincir-kuala-kubu-bharu.jpg

Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengalami gangguan ekoran masalah kegelinciran tren kargo antara sektor Rawang-Tanjung Malim pada 7 September lalu, dijangka kembali pulih dan beroperasi mulai Sabtu.

Menurut kenyataan KTMB, kerja-kerja baik pulih siap pada Jumaat.

Selain itu, perkhidmatan KTM Intercity dan ETS kembali beroperasi seperti biasa pada 8 September lalu.

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian khidmat pelanggan KTMB di 1300-88-5862.

UTAMAPOLITIKPerkhidmatan Komuter Rawang-Tanjung Malim Dijangka Pulih Sabtu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium