26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Pilihan Raya PBT Agenda Perkauman DAP

Malaysia sebuah negara kecil yang mempunyai ratusan perwakilan rakyat di peringkat DUN dan Parlimen.

Dalam keadaan kewangan negara yang makin tenat kerajaan bercadang mengadakan pula pilihan raya PBT bagi mewujudkan satu lagi lapis birokrasi demokrasi.

Ini merupakan pembaziran sumber kewangan terbaru yang sedang dirancang oleh PH atas desakan DAP.

Nanti peruntukan kewangan yang sepatutnya diguna untuk memperbaiki infra, menjaga kebersihan, mencantik bandaraya dan membantu orang miskin serta OKU perlu dipotong untuk diberi kepada pejabat-pejabat Ahli Bandaran pula.

Jutaan ringgit lagi akan terbuang bagi mengadakan pilihan raya PBT ini.

Hari ini hampir 90% PBT tidak mempunyai dana mencukupi.

Ketika longkang tersumbat, denggi berleluasa, gelandangan kian bertambah, rumah pangsa sudah menjadi seperi ‘getho’, orang miskin terabai, kerajaan bercadang membazirkan wang cukai rakyat demi nafsu serakah pelobi-pelobi politik yang bersikap perkauman dari DAP.

DAP mahukan pilihan raya PBT kerana tidak berpuas hati terhadap penguasaan Melayu dalam pengurusan kewangan dan polisi PBT di bandar besar yang majoriti penduduk adalah bukan Melayu.

Mereka mahu menguasai bandar-bandar besar dan menentukan sendiri hala tuju pembangunan dan keluar dari nilai-nilai Melayu dan Islam yang menjadi tunggak pembentukan negara ini.

Lihat sahaja suatu masa dulu meletak tulisan jawi pada papan tanda di sekitar Kuala Lumpur pun dibantah oleh ahli parlimen DAP.

Pada suatu masa pula mereka menggesa diletak tulisan mandarin pada papan tanda jalan. Malah di Selangor, Tuanku Sultan sendiri terpaksa campur tangan melarang kegiatan ini.

Anda bayangkan bila DAP menguasai pilihan raya perbandaran pula dan DAP menjadi Datuk Bandar.

Sekarang mereka berpura-pura setuju dengan pengajaran tulisan jawi di SJKC kerana mahu mengelirukan orang Melayu penyokong PH.

Namun dalam masa yang sama mereka menggunakan Dong Jiao Zong untuk membantah habis-habisan. Semua orang tahu DAP adalah tok dalang sebenar DJZ sejak berpuluh tahun lalu.

Melayu yang terpengaruh dengan DAP pula adalah jenis taksub kepada demokrasi barat secara melulu tanpa melihat kepentingan besar kepada agama dan negara.

Oleh Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.