26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

PM menghadap Agong pagi ini – MB Kedah bertukar

najib-menghadap-agong-tukar-mb-kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi ini.

Memetik laporan sebuah portal, kereta rasmi kerajaan yang membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.

Difahamkan, sumber terdekat portal tersebut mendakwa Najib menghadap Seri Paduka dengan membawa senarai calon Menteri Besar Kedah ke-12 untuk dipersembahkan dan mendapat perkenan Tuanku.

Sebelum ini, suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila barisan‎ kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Sedih btul dgn cara kotor ni. Inilah demokrasi terpimpin. Hak bersuara xde. Guna saluran yg btul. Tp dinafikan. Dari atas smpai ke bwh smua kotor. Jijik sampah. Smua ade

  2. Suara pemimpin bukan suara rakyat skang. yang kita undi bukan lagi nak mewakili kita. kena wat style amareka lo nie. rakyat yang undi pemimpin tu nak jadi MB ke x. bukannya dewan rakyat.

  3. Yawn..boring..melayu tak habis2 politik kala bangsa lain sibuk kerja usaha cari duit..sok xdpt brim mulala masing2 up status xpuas hati kondem tu ini lg

  4. Admin..x payah la nk jadi ‘api dalam sekam’ sgt,benda dah reda jgn tmbh lg..kami rakyat kedah masih blh bertenang..apa untungnya kita bgaduh & membenci sesama sendiri?musuh2 politik sedang menyusun strategi utk tumbangkn kita PRU nnti.apa pula tindakan kita lps 1 satu lg mslh dalaman parti yg muncul.itu ke strategi kita?

  5. Kahkahkah. Gelak guling2. Admin Anti-Dap Club dah bertukar jadi suara DAP. Krik krik krik. Najib jumpa Agong pasal belanjawan la… Admin ni tahap fitnah dah setaraf DAP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.