25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

PRK Port Dickson: UMNO tidak akan meletakkan calon bertanding

*Untuk rekod ini bukan kali pertama BN tidak meletakkan calon di PRK. PRK Bukit Gelugor yang diadakan kerana kematian Kapal Singh, BN tidak meletakkan calon. 

UMNO tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan atas tiga faktor utama termasuk mempertahankan prinsip dan pendirian, memberi fokus kepada rejuvenasi parti dan bagi melakukan analisis serta kajian mendalam terhadap tahap sokongan di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya,  sangat penting UMNO mengekalkan prinsip untuk tidak berkompromi dengan tindakan mengosongkan kerusi secara sengaja semata-mata demi menjayakan cita-cita politik individu.


“Tindakan mengosongkan kerusi dengan sengaja semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang mengejar jawatan politiknya sama sekali tersasar dari objektif moral sesuatu pilihan raya.

“UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan ‘self centric’ yang mendasari keputusan mengadakan PRK Port Dickson. Ini bukanlah kali pertama tindakan sebegini dilakukan di negara kita,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, UMNO mesti memfokuskan kepada usaha melaksana dan merancakkan agenda rejuvenasi parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, tiada agenda yang lebih penting waktu ini selain daripada menjayakan usaha memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli dan rakyat terhadap UMNO.


“Melibatkan diri dalam PRK pada waktu ini tidak akan membantu usaha reformasi parti malah akan mengheret parti ke kancah ‘politiking’ yang menyimpang dari usaha membawa pembaharuan dalam UMNO,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau  berkata, amat penting untuk UMNO melakukan analisis dan kajian mendalam terhadap tahap sokongan di semua kawasan Parlimen dan DUN di seluruh negara.

Dengan cara itu katanya akan membolehkan UMNO merangka pelbagai strategi jangka pendek dan panjang yang khusus dan strategik kepada kelangsungan parti.

“Kajian seumpama ini juga akan membolehkan UMNO mengurus peranannya dalam landskap Malaysia baru ini secara lebih berkesan. Berdasarkan semua alasan ini, saya berpandangan bahawa UMNO tidak perlu terlibat dalam PRK Port Dickson.

“Peranan UMNO adalah lebih besar dari hanya bertanding dalam pilihanraya kecil yang dilaksanakan dengan mengenepikan prinsip moral sesuatu pilihanraya itu diadakan,” katanya.

……

https://pakdin.my/tag/langkah-pd

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan