Pulau Pinang lokasi strategik tempatkan Rohingya #pakdin.my

Sebelum inipun DAP mengecam tindakan kerajaan menghantar pulang pelarian Rohingya dengan menuduh tindakan itu tidak mencerminkan kewibawaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.

rohingya-boat-pelarian

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi penempatan sementara 7,000 rohingya yang masih terkandas di laut berikutan negeri itu berada dibahagian utara dan memudahkan urusan penghantaran pulang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lokasi penempatan sementara itu seharusnya dibina di utara tanah air dan pihaknya mendapati Pulau Pinang adalah negeri yang paling sesuai dan strategik.

Katanya, ia berikutan negeri itu mempunyai kawasan perairan yang sesuai termasuk akan memudahkan proses kemasukan serta penghantaran pulang golongan itu nanti.

“Ini hanya sekadar cadangan berdasarkan kesesuaian dan keputusan penuh akan diketahui selepas ia dipersetujui semua pihak,” katanya kepada media dalam sidang media selepas Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-9 bersama Ketua Polis Negara di Ipoh pada Jumaat.

Kelmarin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menawarkan perlindungan sementara dan tawaran itu adalah persefahaman bagi proses penempatan semula dan penghantaran pulang yang akan dilakukan dalam tempoh setahun.

Sebelum inipun DAP mengecam tindakan kerajaan menghantar pulang pelarian Rohingya dengan menuduh tindakan itu tidak mencerminkan kewibawaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.

Sehubungan itu dilihat adalah wajar jika mereka ini ditempatkan di negeri yang ditadbir pembangkang selain bantuan daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri juga perlu menghulurkan bantuan.

Bak kata pepatah jangan pandai bercakap tapi takut berdepan kenyataan.

Berkaitan