Ringgit merudum walaupun harga minyak dunia meningkat

Antara serangan terhadap saya sebelum PRU14 adalah berkaitan nilai matawang Ringgit. PH berulangkali sebut nilai Ringgit lemah pada tahun sebelum ini adalah bukti Malaysia sudah mula bankrap.

Kita lihat carta 1 tunjukkan pergerakan Ringgit berbanding Dolar Amerika dengan harga minyak mentah dunia Brent dari tahun 2008 hingga kini.

Ia jelas tunjukkan bahawa naik turun Ringgit banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Ketika saya baru menjadi Menteri Kewangan, Ringgit juga lemah akibat krisis ekonomi dunia pada masa itu. Pada masa itu Ringgit turun sehingga RM3.75 berbanding US Dollar dan Tun Mahathir menggesa saya untuk tambatkan Ringgit seperti yang beliau lakukan pada tahun 1998.

Saya tak ambil langkah itu selepas ambil kira dan melihat pelaburan asing dan daya saing eksport negara turun ketika Ringgit ditambat Tun Mahathir pada 1998.

Lanjutan itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2000 hingga Tun Mahathir bersara pada akhir 2003, kurang baik.

Saya tidak membuat demikian untuk menambatkan Ringgit pada masa tahun 2008/2009.

Kenaikan harga minyak dunia dan pemulihan ekonomi hasil pakej ransangan ekonomi terbesar dalam sejarah negara, Ringgit mengukuh sehingga di bawah paras RM3.00 berbanding Dolar Amerika pada 2010 hingga 2013, iaitu sebanyak 30 peratus.

Pakej ransangan ekonomi ini juga menaikkan hutang negara dan turut dibidas biarpun langkah itu berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia.

BACA sini: [Video] Tiada Perdana Menteri Lain Yang Menghadapi Cabaran Global Yang Lebih Besar Terhadap Ekonomi Negara Daripada Najib Tun Razak.
http://pakdin.my/?p=74184

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, matawang Ringgit mengukuh setinggi itu namun jika diimbau kembali, saya tidak pun memuji diri sendiri lantaran Ringgit yang kukuh kerana harga minyak mentah tinggi pada masa itu dan bukan semua berpunca dari usaha kerajaan BN dan saya.

Namun pakej ransangan yang kita laksanakan selari dengan kenaikan harga minyak berjaya selamatkan ekonomi kita dari terjerumus dari kemeseletan.
BACA sini: Najib selamatkan ekonomi Malaysia sejak 2009 sehingga rakyat tidak terasa kesan kemelesetan dunia terburuk dalam sejarah
http://pakdin.my/?p=75904

Peliknya, pada PRU13, Pakatan mendakwa Malaysia akan bankrap biarpun Ringgit mengukuh di bawah RM3.00 pada masa itu dan pada PRU14, Pakatan turut membuat tuduhan yang sama pada ketika nilai Ringgit lebih rendah berbanding PRU13.

Kita lihat pada carta, apabila harga minyak dunia turun dengan teruk pada akhir 2014, nilai Ringgit juga turun dengan banyak.

Pada masa itu, saya sekali lagi terima tekanan politik yang hebat dan sebagai ahli politik, langkah paling mudah ialah menambat Ringgit sebagaimana dilakukan Tun Mahathir sebelum ini.

Saya juga perhatikan bahawa banyak negara lain pada masa itu seperti Czech, Nigeria, Switzerland, Uzbekistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Angola dan Morocco juga telah menolak sistem penambatan matawang kerana mereka mahu meningkatkan daya saing ekonomi masing-masing.

Tetapi sebagai Perdana Menteri yang utamakan kekuatan jangka panjang ekonomi dan masa depan negara, saya tidak ambil langkah itu kerana keputusan berdasarkan politik jangka pendek yang tidak betul akan memberi kesan negatif jangka panjang yang teruk kepada negara.
BACA sini: Kenapa Malaysia tidak mahu menambat Ringgit seperti yang berlaku pada tahun 1998
http://pakdin.my/?p=71995

Sekali lagi, walaupun dikecam teruk saya memilih sekali lagi untuk tidak menambat Ringgit.

Keputusan saya terbukti betul apabila eksport negara melonjak naik berpuluh peratus setiap bulan dan pertumbuhan ekonomi sangat kukuh pada tahun 2017 sehingga awal tahun 2018.

Ringgit pula mula memulih dan menguat sehingga tahap RM3.85 pada bulan April 2018 sebelum pilihanraya.

Hakikatnya, tempoh saya sebagai menteri kewangan dan Perdana Menteri sehingga saya berhenti menyaksikan Ringgit turun dari sekitar RM3.75 ke RM3.85 (tidak ditambat) dan saya dianggap telah gagal oleh segelintir rakyat Malaysia.

PM yang ke-4 pula dikatakan berjaya apabila Ringgit menyusut dari RM2.20 berbanding Dolar Amerika kepada RM3.80 (ditambat) dari mula dia mentadbira sehingga tamat pada akhir tahun 2003.

Kebelakangan ini, saya ada sedikit kerisauan tentang nilai Ringgit.

Di atas, saya ada menyebut bahawa secara am, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya tetapi selepas PRU14 keadaannya agak menggusarkan.

Jika diperhatikan carta 2, trend ini sudah bercanggah. Walaupun harga minyak dulu semakin kuat sehingga US$78 satu tong sekarang, Ringgit tidak mengukuh tetapi tetap turun 30sen sehingga RM4.15 sekarang.

Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

Sebelum PRU14, pemimpin PH kata “Najib turun, Ringgit akan naik”. Saya pelik kerana saya sudah turun 4 bulan tetapi Ringgit semakin turun juga.

Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai Ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan.

Najib Razak

#Najibnomics

………

Mahathir kata pentaksub PH uneducated. Mereka tidak berasaskan fakta, percaya kepada fitnah dan persepsi. Mereka akan komen dengan fitnah dan persepsi tanpa membaca. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya

………

http://pakdin.my/tag/krisis-ekonomi

http://pakdin.my/tag/ringgit
http://pakdin.my/?s=Najibnomics

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.