Rumah Tan Sri Nadarajah Pengerusi kuil diserbu SPRM, barangan mewah dan wang berjuta dirampas - pakdin.my

Pasukan penyiasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Tan Sri Datuk R Nadarajah Pengerusi, Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam yang bertanggungjawab menguruskan kuil Hindu di Batu Caves.

Difahamkan serbuan itu dikaitkan dengan tuduhan berhubung pembangunan sebidang tanah di Kuala Lumpur yang dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam.

Tahun lalu, persatuan Hindu mempersoalkan pelan itu, mengatakan seorang pemegang amanah kuil berkenaan juga terlibat dalam projek tersebut. Dakwaan itu ditolak oleh R Nadarajah, pengerusi jawatankuasa kuil terbabit.

Sumber memberitahu pegawai SPRM menggeledah pejabat kuil di Batu Caves dan juga rumah Tan Sri itu.

Mereka juga menyiasat dokumen di dalam bilik tidur serta 2 kereta mewah, jam mewah, barang kemas, wang simpanan jutaan ringgit miliknya. Turut dibeku ialah akaun dikaitkan dengan Tan Sri Nadarajah.

UTAMABERITARumah Tan Sri Nadarajah Pengerusi kuil diserbu SPRM, barangan mewah dan wang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium