Tahniah: PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat… - pakdin.my

PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.

“Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).

“Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih,” kata sumber itu kepada Malaysiakini tanpa mahu namanya didedahkan.
********* https://m.malaysiakini.com/news/406874#zuozcAxA4ipPLWs3.99

UTAMAPOLITIKTahniah: PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium