28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Tanah Runtuh: Jalan Ampang-Hulu Langat Ditutup Sementara

Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara berikutan tanah runtuh di kawasan berdekatan Menara Tinjau, Bukit Ampang petang Khamis.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lepas.

“Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif lain,” katanya kepada Bernama malam Khamis.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan runtuhan lereng bukit seluas kira-kira 50 meter persegi itu didapati telah menutupi jalan berkenaan, menyebabkan lalu lintas tergendala.

Dalam sistem pesanan ringkas, jurucakap jabatan itu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai runtuhan itu pada 6.11 petang Khamis.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya juga telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan