24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Terjejas COVID-19, boleh keluar pendahuluan KWSP hingga RM60,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan akses simpanan persaraan Akaun 1, i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 bawah RM90,000, mereka mempunyai akses amaun pendahuluan sehingga RM9,000.

Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang diberi adalah 10 peratus bagaimanapun amaun simpanan yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini, katanya, akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000 (simpanan bawah RM90,000) atau RM10,000 (simpanan atas RM90,000).

“Sebanyak dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

“Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum. Caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula.

“Selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2,” katanya dalam taklimat khas KWSP di sini hari ini.

Tunku Alizakri berkata, untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...